Wangi Seperti Artis!“amboi, wanginya artis tu! Kenapalah kita tidak sewangi mereka ya?”

Chopppp! Siapa kata kita tak boleh jadi wangi seperti mereka ? Boleh je, asalkan kita rajin dan komited untuk lakukan beberapa pekara seperti di bawah…

☛ GUNA SABUN MANDI
Pilih sabun mandian yang wanginya tahan lama. Tidak kisahlah sama ada sabun cecair mahupun buku. Pastikan semua bahagian di tubuh kamu di bersihkan dengan sabun mandi termasuk bahagian lipatan. Jika kamu perlu bergerak aktif pastikan sabun yang kamu pakai itu tidak berbau susu atau berkrim kerana bila berpeluh ia akan menyebabkan bau badan kamu jadi masam dan kurang enak. Sebaiknya gunalah sabun yang menyegarkan seperti bau lavender ataupun citrus untuk mengekalkan kesegaran.

☛ PELEMBAP BADAN / LOSYEN BADAN
Amalkan amalan memakai losyen atau pelembap badan untuk mengekalkan kelembapan kulit badan agar tidak kering dan mengelupas. Bukan itu sahaja, kamu juga boleh cuba pakai losyen yang berbau wangi agar kulit kamu tidaklah terlalu masam bila berpeluh. Betul tak ?

☛ PAKAI BODY MIST
Ya, memang betul bau body mist tidak tahan lama seperti pewangi lain. Tetapi,  sekurang-kurangnya jika kamu semburkan pada kulit ia akan berkekalan sehingga 4 – 6 jam. Setelah semburkan ia di badan ambil pewangi yang ada kemudian semburkan ia di pakaian. Tetapi jangan terlalu banyak ya, takut ada pula yang pening dengan bau kamu.

☛ PAKAIAN BERSIH
Paling penting, pilihlah pakaian yang bersih dan berbau harum. Tiada guna jika kamu berwangi-wangian tetapi pakaian yang kamu pakai itu berbau hapak. Jika baju itu sudah di pakai lebih dari sekali eloklah jika kamu basuh sahaja dan pilihlah pakaian yang lain. Bayangkan jika wangian yang kamu pakai itu bercampur dengan bau hapak dan masam daripada pakaian kamu tidakkah ia akan memeningkan ?

☛ DEODORAN
Ini juga sesuatu yang amat penting dan perlu kamu titik beratkan. Tiada guna jika kamu habiskan wangian sebotol tapi penyudahnya kamu lupaka pakai deodoran. Pilihlah deodoran yang paling sesuai dengan kamu. Jika kamu tidak mempunyai masalah seperti alahan dengan apa sahaja produk yang ada di pasaran. Apa kata pilih deodoran yang berbau wangi dan menyegarkan.