Raket Badminton paling tahan
Kepada pemain-pemain handalan sukan badminton diluar sana tentu anda mempunyai satu jenama reket yang anda suka dan sayang. Disini aku ingin berkongsi pengalaman aku memakai reket badminton jenamaPro Ace . Hampir 10 tahun aku tidak pernah bertukar-tukar jenama raket sehingga sekarang. Kenapa? Aku ini jenis orang yang guna barang sampai hancur baru tukar lain. Reket pro ace aku telah terbukti dari aspek ketahanan besinya dan kesedapan memakainya sehingga menjilat jari kerana ia tidak patah apabila berlaga dengan reket jenama lain semasa bermain.Selain itu raket pro ace boleh string sehingga 30ibs. Tapi aku string 27ibs jer. Kalau korang tak percaya pergi lah mana-mana kedai string tali reket , tokey kedai mesti tiada masalah untuk string reket pro ace dengan string yang tinggi . Kerana risiko patah semasa string adalah rendah bagi reket pro ace. Kalau raket jenama lain seperti raket yonex yang harga dibawah rm500 setahu aku pasti tokey kedai itu tidak berani string tinggi-tinggi pasal takut patah ma...
Namun begitu terpulanglah kepada kesesuaian dan kesukaan individu itu sendiri dalam memilih jenama raket. Kalau nak bergaya belilah raket jenama LiNing kerana Lin Dan pakai dan reket Yonex dipakai oleh pemain nombor 1 dunia iaitu Datuk Lee Ch wei .Bagi aku pula masih tetap menggunakan raket jenama pro ace .Aku pun tidak mengetahui siapa pemain tenama dunia yang memakai raket jenama pro ace. Apa yang penting sekali skill dan permainan mestilah power maka tidak menjadi masalah untuk memakai apa jenis jenama raket dipasaran.
Raket LiNing- Lin Dan pakai |
Raket Prince |
Raket Pro Ace - Icham pakai ( bekas juara dunia ) |
Raket Yonex- Datuk Lee Ch Wei pakai
Yonex, Li-Ning, Gosen, Apacs, ProAce adalah antara jenama raket popular. Tapi Yonex dan Li-Ning antara yang termahal. Bagi yang baru dalam sukan badminton, memilih raket yang mahal dan mengikut trend jenis raket permain profesional bukan bermakna bagus untuk anda. Raket yang paling mahal belum tentu sesuai untuk anda. Mungkin jugak betul bagi sesetengah orang. Ini kerana raket hi end yang mahal biasanya mempunyai shaft yang stiff. Bagi anda yang masih baru, mungkin memberi masalah kerana belum cukup kekuatan tangan dan kelajuan hayunan. Jadi sebelum membeli raket, anda perlu membuat research terlebih dahulu.
Gaya Permainan
- Menyerang (Offensive) atau kuat smash, raket yang dipilih jenis 3U atau 2U dengan balance point 285-300(head heavy) dan fleksibiliti raket Extra Stiff atau stiff
-Bertahan (Defensive) dan control, raket yang digunakan jenis 4U atau 3U dengan balance point 270-285(head light) dan fleksibiliti raket madium atau flexcible.
-Seimbang (Defensive & Offensive) boleh memilih raket jenis 3U, balance point 275-285(neutral) dan fleksibiliti medium flex.
Spesifikasi Raket
-Fleksibiliti Raket : Extra Stiff(kaku), Stiff, Medium, Extra Flexible & Flexible
-Berat Raket : 2U(90-94g), 3U(85-89g), 4U(80-84g)
-Ukuran Grip : G2(4″). G3(3.75″), G4(3.5″), G5(3.35″)
-Titik Keseimbangan : 270-280(Head Light-Defensive), 275-285(Neutral-All Round), 285-295(Head Heavy-Offensive), 295-300(Extra Head Heavy-Offensive)
-Bentuk Raket : Conventional (Oval biasa) & Isometric (Oval dengan bahagian atas mendatar)
-Panjang : 26″-Standard & 26.5″-Long
-Bahan : Aluminium, Modulus Graphite, Super Hi Modulus Graphite, Ultra Hi Modulus Graphite, Nano Carbon, Woven Kevlar, Titanium Composite, Ultra Titanium, G Force Ti, Ultimum Ti.
Semua spesifikasi ini perlu diketahui bagi mendapatkan raket yang sesuai. Bagi yang baru, memilih raket yang balanced adalah cara paling selamat. Spesifikasi yang perlu dipilih adalah:
Bahan : hanya raket carbon/graphite
Bentuk : Isometric
Berat : Medium(84-86g)
Titik Keseimbangan : Balanced(285-290mm)
Saiz grip : G4/G5 (yonex terminology)
Fleksibiliti : Medium Stiff
Ketegangan Tali : 25 lbs dan ke atas
Jadi anda boleh senaraikan raket-raket yang mempunyai spesifikasi seperti diatas. Kemudian bolehlah membuat pilihan jenama, rekabentuk, kombinasi warna dan harga. Adalah lebih baik meminta nasihat daripada penjual sebelum membeli, mungkin dari situ anda dapat pelbagai maklumat yang belum anda ketahui. Untuk kali pertama, cuba pasang tali pada ketegangan yang biasa antara 23-24 lbs. Setelah lama bermain, anda dapat meningkatkan ketegangan tali mengikut skill, kekuatan dan gaya permainan anda.
Teknik adalah faktor utama dalam permainan bukannya raket. Sesetengah orang merasakan raket tidak sesuai walaupun dengan perlbagai cara. Masalah ini kadang kala berpunca daripada teknik permainan. Walaupun menggunakan pelbagai jenis raket, tiada gunanya jika bermain dengan teknik yang salah. Pernahkan anda mendengar ayat ini?“Berlatih sukan ialah mengulangi teknik asas yang membosankan berulangkali…” Tiada jalan pintas, hanya rajin berlatih dan meminta nasihat daripada pemain yang lebih bagus. Jadi raket pertama membantu anda mengenali spesifikasi raket dan gaya permainan kerana anda lebih mengenali serta memahami raket anda.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan