Demam bola sepak FIFA World Cup 2014 – BRAZIL!
Tahukah anda tahun depan 6 Jun hingga 5 Julai 2015 ada perlawanan FIFA WOMEN’S WORLD CUP? Sebanyak 6 negara akan bertanding untuk perlawanan FIFA Women’s World Cup 2015 akan datang iaitu Canada, China PR, South Korea, Japan, Australia, dan juga Thailand. Untuk perlawanan julung kalinya diadakan di People’s Republic of China pada tahun 1991, negara USA telah di nobatkan sebagai pemenang.
Sebanyak 13 pasukan bola sepak wanita dari berlainan negara tercalon untuk sukan Olimpik 2016akan datang. Negara-negara tersebut adalah :
- Eropah – 3
- Afrika – 2
- Asia – 2
- Amerika Selatan – 3 (termasuk tuan rumah-Brazil)
- Amerika Utara – 2
- Oceania – 1
Perlawanan bola sepak wanita Piala Malaysia pula telah diadakan buat pertama kali pada 1976. Perlawanan akhirnya berlangsung pada 16 Ogos 1976 di Padang Stesen, Seremban, Negeri Sembilan. Pasukan yang layak ke perlawanan akhir itu ialah pasukan Negeri Sembilan dan pasukan Singapura. Seramai 2,000 orang penonton hadir bagi menyaksikan perlawanan untuk merebut Piala Malaysia kategori wanita yang julung kalinya diadakan.
Antara pasukan bola sepak wanita, lihat gambar di bawah ini :
Kagum bukan? Tiada apa yang boleh menghalang wanita untuk beraksi dalam sukan bola sepak seperti lelaki. Walaupun bertudung, mereka tetap aktif dalam dunia sukan demi mengharumkan nama negara tersendiri.
Demam bola sepak kian membara tidak berapa lama lagi yang bermula dari 12 Jun sehingga 13 Julai 2014. Tuan rumah untuk FIFA World Cup 2014 kali ini akan di adakan di BRAZIL. Perlawanan bola sepak ini juga akan bertembung dengan waktu puasa Ramadhan untuk semua umat Islam. Ha! Pastinya ada di antara kamu semua yang akan stay-up sampai ke sahur semata-mata taknak terlepas menyaksikan perlawanan yang sengit ini. Pada mereka yang minat tentang bola sepak, saksikan jadual perlawanan di bawah ini dan jangan terlepas menonton untuk TEAM kesukaan anda!
Kumpulan untuk pusingan akhir Piala Dunia 2014 adalah seperti di bawah :
Kebiasaannya, apa yang berlaku jika DEMAM BOLA SEPAK melanda?
1) Lepak kedai mamak
Ha! Jangan gelak kerana mungkin anda salah seorang yang akan buat tabiat ini masa bola sepak FIFA berlangsung. Tidak kira la lelaki atau perempuan tapi kebanyakannya yang berstatus bujang dan lelaki. Bukan nak larang atau x boleh lepak di kedai mamak tapi perasankah anda ketika anda menonton, mulot anda terasa je nak mengunyah selagi anda lepak di kedai mamak tersebut. Yang kaya, tuan kedai. Yang buruknya, anda sendiri kerana akan memberi kesan pada berat badan. Lagi satu, anda terdedah dengan asap rokok kerana majority di kedai mamak adalah lelaki. Yang tidak hisap juga lagi berbahaya kerana tergolong dalam perokok sekunder.
2) Lewat masuk kerja
Banyak pekerja akan memberikan alasan yang sama “Maaf bos, tengok bola malam tadi”. Atau boleh jadi bos-bos sekali lewat ke kerja. Bungkus la company. Sebenarnya perkara ini boleh dielakkan dengan melihat waktu perlawanan yang di paparkan di atas. Sebelum perlawanan berlangsung, tidur dulu sepuas-puasnya dan suruh orang lain kejut atau buat alarm untuk terjaga. Stay-up dan tidak tidur sepanjang malam akan menjejaskan kesihatan anda dan membuatkan anda tidak produktif untuk menjalankan kerja pada keesokkan harinya.
3) Kumpul barang-barang Team atau pemain kesukaan
Di kedai-kedai nanti pastinya ada menjual barang-barang yang melibatkan FIFA World Cup ini. Mereka yang berminat pasti akan membeli walaupun mahal kerana nak buat koleksi. Contohnya seperti jersey, Piala Fifa, gambar poster pemain dan lain-lain lagi. Tapi perlu di ingatkan juga, jangan sampai membazir wang kerana membazir adalah sifat syaitan.
4) Taruhan kumpulan
Sesetengah mereka akan membuat taruhan team kesukaan tersendiri dengan rakan-rakan rapat yang lain kerana tidak tahu negara mana yang bakal merangkul kejuaraan untuk FIFA World Cup 2014 kali ini. Tetapi kebiasaannya mereka akan mengagak berdasarkan teknik permainan, cara pemain beraksi, kerana minat dan sebagainya. Bukan la bertaruh untuk wang kerana ianya HARAM sama sekali.
Negara Malaysia bila lagi akan masuk ke-peringkat antarabangsa? Mana kurangnya kita berbanding negara-negara lain? Jika mereka boleh, pasti Malaysia juga BOLEH!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan