Pukulan overhead (atas) yang diarahkan ke bawah dan dilakukan dengan tenaga penuh. Pukulan ini di klasifikasikan sebagai pukulan menyerang. Tujuan utamanya untuk mematikan lawan. Pukulan smash adalah bentuk pukulan keras yang sering digunakan dalam permainan bulutangkis. Sifat pukulan ini ialah kuat, pantas dan cepat menuju lantai gelanggang lawan, pukulan ini memerrlukan aspek kekuatan otot bahu, lengan, dan fleksibiliti pergelangan tangan serta koordinasi gerak tubuh yang baik.
Dalam permainan, pukulan smash dapat dilakukan dalam keadaan berdiri atau sambil melompat (King Smash). Pukulan smash boleh dibahagikan kepada yang berikut :
- Pukulan smash penuh
- Pukulan smash potong
- Pukulan backhand
- Pukulan smash melepasi kepala
Teknik pukulan smash perlu dilatih secara berkala dengan teknik yang betul dan tepat untuk mendapatkan cara pukulan yang sempurna.Ia sangat penting untuk meningkatkan kualiti permainan.
Perkara yang Perlu Diperhatikan
1. Biasakan bergerak cepat untuk mengambil posisi pukul yang tepat.
2. Perhatikan cara memegangan raket.
3. Kebolehan badan untuk melentur, kedua lutut dibengkokkan dan tumpuan pada pergelangan tangan.
4. pegangan raket dan hanyunan di atas kepala dengan cara meluruskan lengan untuk menjangkau bulu tangkis sebagai sasaran setinggi mungkin dan menggunakan tenaga pergelangan tangan pada saat memukul bulu tangkis.
5. Akhiri rangkaian gerakan pukulan tadi dengan gerak ayunan raket yang sempurna ke depan badan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan