Rambut Sihat Dengan Berhijab!Bertudung bukanlah alasan untuk kamu tidak menitik berat tentang penjagaan rambut. Malah, bertudung juga bukanlah punca utama mengapa rambut kamu tidak sihat. Pokok pangkalnya ialah cara penjagaan dan bagaimana kamu merawat rambut kamu memainkan peranan penting dalam memastikan rambut sihat dan bermaya.

Jom lihat, apakah langkah yang betul untuk memastikan rambut kuat dan sihat.


☂      KERINGKAN RAMBUT
Selepas mandi, pastikan kamu keringkan dahulu rambut yang basah. Pastikan ia benar-benar kering kerana rambut yang basah kemudian di sarungkan dengan tudung boleh menyebabkan rambut kamu berkelimumur, lembap dan berbau.

☂      PILIH JENIS TUDUNG
Jika kamu seorang yang kuat berpeluh, pastikan kamu memilih kain yang mempunyai fungsi menyerap peluh seperti kain cotton. Paling penting kain yang kamu pakai haruslah selesa dan bersih.

☂      JANGAN IKAT RAMBUT TERLALU KETAT
Bagi gadis yang mempunyai rambut yang panjang pastikan kamu mengikat rambut menggunakan getah rambut yang betul. Elakan daripada mengguna getah sayur dan jangan mengikatnya dengan terlalu ketat juga kerana ia akan menyebabkan rambut kamu gugur dan lama kelamaan rambut semakin menipis

☂      TUKAR ANAK TUDUNG
Jangan tunggu sehingga anak tudung berbau baru kamu mahu menukar dengan anak tudung yang baru. Bila kamu pakai anak tudung yang tidak bersih akan menyebabkan kulit kepala kamu tidak sihat malah rambut juga berbau busuk. Oleh itu gantikan ia seminggu beberapa kali.

☂      MENYIKAT RAMBUT
Bertudung tidak bermakna kamu tidak perlu menyikat rambut. Kamu juga perlu merapikan rambut dahulu sebelum mengikat rambut dan mengenakan tudung di kepala. Mengikat rambut tanpa menyikat akan membuatkan rambut kamu yang kusut bergumpal dan lama kelamaat akan mengering dan menjadi kerinting.

☂      GUNTING RAMBUT BERCABANG
Bila kamu nampak rambut bercabang, luangkan sedikit waktu untuk ke salon atau mungkin kamu boleh lakukan sendiri memotong rambut hujung yang bercabang atau berbuah. Jika kamu biarkan rambut itu lama kelamaat ia akan melarat hingga ke atas dan akhirnya akan merosakkan mahkota kamu sahaja.

☂      CUCI RAMBUT
Sewaktu mandi, buat urutan pelahan di kawasan kulit kepala dengan menggunakan syampu. Teknik ini akan membantu kamu membersihkan segala kotoran yang melekat di kawasan rambut serta memperlancarkan aliran darah di kawasan kepala.