Pengenalan
Kecederaan sukan berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun semasa kemalangan kecil. Faktor lain yang menyumbang kepada kecederaan itu juga termasuk latihan yang tidak sempurna atau alatan yang tidak sesuai. Kebanyakan pesakit mengalami kecederaan tersebut disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi. Latihan memanaskan badan yang tidak mencukupi juga akan menyumbang kepada kecederaan sukan. Jenis-jenis kecederaan sukan yang biasa ditemui adalah :
- Ketegangan dan kecederaan otot
- Kecederaan lutut
- Kebengkakan otot
- Kecederaan pada tendon Achilles
- Kesakitan pada tulang tibia
- Fraktur
- Sendi yang beralih
Akut atau kronik
Ada dua jenis kecederaan sukan - akut dan kronik.
Kecederaan akut berlaku semasa di dalam aktiviti sukan. Kecederaan pada buku lali, sakit belakang, patah tulang sendi adalah contoh kecederaan akut . Tanda-tanda kecederaan akut.
- Kesakitan yang akut pada kawasan yang terlibat
- Kebengkakan
- Hilang fungsi anggota ( seperti tidak boleh menampung berat menggunakan kaki )
- Lengan, siku, pergelangan tangan, tangan, atau jari yang sangat lembut
- Tidak boleh menggerakkan sendi dengan normal
- Lemah pada anggota terlibat
- Fraktur
Kecederaan kronik berlaku selepas anda bermain satu sukan atau berlatih untuk satu tempoh yang lama
- kesakitan semasa bermain
- kesakitan semasa latihan memanaskan badan
- kesakitan yang berterusan semasa rehat
- kebengkakan
Apa yang perlu saya lakukan jika tercedera?
Jika mengalami kecederaan semasa aktiviti sukan, individu tersebut dinasihati supaya berhenti dari terus bermain. Komplikasi lain akan berlaku jika terus bermain. Kebanyakan kecederaan boleh di rawat sendiri dan bantuan doktor diperlukan jika :
- kecederaan yang menyebabkan kesakitan, kebengkakan atau kebas yang amat sangat
- tidak boleh menampung berat badan
- kecederaan yang lama berulang kembali
- sendi yang tidak stabil
Jika anda tidak mengalami sebarang tanda-tanda tersebut, kecederaan anda boleh dirawat di rumah. Rehat, applikasi ais, balutan dan penggantungan menggunakan anduh boleh mengurangkan kesakitan, kebengkakan dan mempercepatkan proses sembuh. Jika gejala atau tanda yang dialami bertambah teruk, adalah dinasihati supaya berhubung dengan doktor.
Rawatan
Rawatan bermula dari kaedah RICE :
- Rest (rehat) : Kurangkan aktiviti yang boleh menambahkan kesakitan pada anggota terlibat . Penggunaan tongkat adalah digalakkan jika kecederaan itu melibatkan anggota kaki.
- Ice (applikasi ais) : applikasi ais pada anggota terlibat ( 20 minit) empat hingga lapan kali sehari.
- Compression (kompressi) : penggunaan alat balutan boleh mengurangkan kebengkakan. Terdapat berbagai jenis balutan yang boleh didapati di kedai farmasi.
- Elevation (penggantungan) : meletakkan anggota yang terlibat pada posisi tinggi dari jantung boleh mengurangkan kebengkakan ( meletakkan kaki pada atas bantal semasa baring )
Ubat penahan sakit - doktor akan memberikan ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan dan kebengkakan
Immobilisasi - teknik ini adalah penting untuk mengurangkan pergerakan dan merendahkan risiko komplikasi. Terdapat pelbagai jenis alat immobilisasi yang boleh dibeli di farmasi.
Pembedahan - pembedahan mungkin diperlukan untuk memperbaiki tendon atau ligament yang cedera termasuk fraktur. Kebanyakan kecederaan sukan tidak memerlukan rawatan pembedahan.
Rehabilitasi (Senaman) - Ia adalah kaedah yang penting dalam rawatan kecederaan sukan. Senaman yang berjadual boleh membantu fungsi anggota yang terlibat kembali ke normal.
Lebih awal ini dibuat, lebih baik. Latihan-latihan dimulakan dengan perlahan-lahan memindahkan sebelah tubuh tercedera melalui beberapa jarak pergerakan. Selepas itu membuat regangan. Selepas satu ketika, pemberat boleh digunakan mengukuhkan kawasan tercedera.
Pencegahan
Nasihat untuk mengurangkan risiko kecederaan sukan
- Jangan membengkokkan lutut anda lebih dari separuh semasa latihan lutut
- Jangan memusingkan lutut anda semasa bersukan
- Semasa jatuh dari posisi melompat pastikan lutut anda bengkok semasa mendarat
- Pastikan latihan memanaskan badan yang mencukupi sebelum aktiviti sukan
- Jangan melakukan aktiviti yang berlebihan
- Amalkan latihan menyejukkan badan selepas aktiviti sukan
- Memakai kasut sukan yang sesuai untuk bersukan
- Berlari di atas permukaan lembut dan rata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan