Jumaat, 20 Jun 2014

apakah persiapan anda untuk bulan puasa

Asssalamualaikum dan Salam Salam Kebahagian

Semoga Allah ampunkan dosa kita semua. ameen

Bismillahirrahmanirrahim ☺

Pejam celik-pejam celik sudah hampir setahun berlalu. Bulan ramadhan hanya tinggal tidak sampai sebulan lagi. Apakah persiapan kita lakukan untuk menyambut kehadiran bulan ramadhan.

Bulan Rejab, Syaaban adalah dua bulan yang diberikan oleh allah untuk kita menyiapkan diri kita ke bulan ramadhan supaya tibanya 1 syawal dosa kita semuanya akan terhapuskan seperti bayi baru lahir.



Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku dan Bulan Ramadhan bulan umatku
Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.

Alhamdulillah marilah kita bersama-sama bersyukur kepada Allah swt kerana masih diberi peluang oleh Allah swt untuk meneruskan kehidupan didunia ini dengan melakukan ibadah kepada Allah. InsyaAllah. Semoga Allah panjangkan umur kita untuk melakukan ibadah bulan ramadhan pada tahun ini dan akan datang.

Dengan menyusuri bulan syaaban pada tahun ini, marilah kita bersama-sama membetulkan niat kita bersama hanya kerana Allah swt. Dengan menyusuri bulan syaaban juga Rasulullah saw mengajar umatnya untuk bersiap sedia menghadapi bulan Ramadan yang bakal menjelang dalam beberapa hari lagi.

Sabda Rasulullah saw  :-
‘Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.’

 Berkata Siti Aisyah r.a. :-
‘Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W. ialah bulan Syaaban.’

Sabda Rasulullah saw:-
‘Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak,  dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.’

Oleh itu, amir ingin menasihatkan kepada diri amir sendiri dan juga anda semua, walau apapun bentuk amalan yang kita bentukkan / lakukan, niat ikhlas kepada Allah swt adalah yang paling penting dalam melakukan setiap perkara kebaikan. Kerana

”Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya: 
 Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya.”

Selain itu pada bulan ini marilah kita memperbanyakkan istigfar kepada Allah memohon keampunan dan taubat kepada Allah dan juga lembutkan hati kita untuk sentiasa memaafi manusia. Hilangkan perasaan dendam dan hasad dengki. Segala sifat itu umpama membakar diri sendiri tanpa kita sedari. Mudah-mudahan bulan syaaban (insya’allah) ini dapat membentuk diri kita menjadi insan yang sentiasa muraqabah baik dengan Allah dan juga sesama manusia.



p/s: apa yang amir salah silap tertulis disini harap dapat sama-sama memperbetulkan. Yang lemah itu memang datang dalam diri amir, apa yang baik itu datang dalam diri amir tetapi datang dengan pertolongan Allah.


Read more: http://www.ahmad-amiruddin.com/apakah-persiapan-kita-untuk-ke-bulan-ramadhan/#ixzz35A2FUeDq

Tiada ulasan:

Catat Ulasan