Sabtu, 28 Jun 2014

Hukum Onani Lelaki & Wanita


Hukum Onani (Masturbasi) Bagi Lelaki & Wanita

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Assalamualaikum, Apakah Hukum melakukan onani?
Berikut adalah jawapan yang pernah diberikan oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi :-
Kadang-kadang darah pemuda bergelora, kemudian dia menggunakan tangannya untuk mengeluarkan mani supaya alat kelaminnya itu menjadi tenang dan darahnya yang bergelora itu menurun. Cara semacam ini sekarang dikenal dengan nama onani (bahasa Arabnya: istimta' atau adatus sirriyah).
Kebanyakan para ulama mengharamkan perbuatan tersebut, di antaranya Imam Malik. Beliau memakai dalil ayat yang berbunyi:
"Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas." (Al-Mu'minun: 5-7)
Sedang orang yang onani adalah melepaskan syahwatnya itu bukan pada tempatnya.
Sedang Ahmad bin Hanbal berpendapat, bahawa mani adalah barang lebihan. Oleh karena itu boleh dikeluarkan, seperti memotong daging lebih.
Pendapat ini diperkuat oleh Ibnu Hazm. Tetapi ulama-ulama Hanafiah memberikan Batas kebolehannya itu dalam dua perkara:
  1. Karena takut berbuat zina.
  2. Karena tidak mampu kawin.
Pendapat Imam Ahmad ini memungkinkan untuk kita ambil dalam keadaan gharizah (nafsu syahwat) itu memuncak dan dibimbangkan akan jatuh ke dalam haram. Misalnya seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di tempat lain yang jauh dari negerinya, sedang pengaruh-pengaruh di hadapannya terlalu kuat dan dia bimbang akan berbuat zina. Karena itu dia tidak berdosa menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan bergeloranya gharizah tersebut dan supaya dia tidak berlaku zina.
Tetapi yang lebih baik dari itu semua, ialah seperti apa yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang tidak mampu berkahwin, iaitu kiranya dia memperbanyak puasa, dimana puasa itu dapat mendidik beribadah, mengajar bersabar dan menguatkan kedekatan untuk bertaqwa dan keyakinan terhadap penyelidikan (muraqabah) Allah kepada setiap jiwa seorang mu'min. Untuk itu Rasuluilah s.a.w. bersabda sebagai berikut:
"Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka kahwinlah sebab dia itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung." (Riwayat Bukhari)
Dipetik dari kitab al-Halal wal Haram fil Islam
Walaupun demikian, berikut adalah ulasan lanjut saya.
Terlalu banyak persoalan berkenaan onani ini. Kotak email dan ruangan komentar di web saya ini juga tidak terlepas dari pertanyaan seumpama ini. Ada sebahagiannya terpaksa saya dan admin 'delete' kerana bahasa dan bentuk soalannya yang kurang sesuai.
Antara soalan-soalannya :-
1)      " ...ustaz, saya ada masalah yang menimpa diri saya semalam iaitu saya telah melakukan onani di siang hari bulan ramadhan."
2)      "Assalammualaikum... Saya sudah berumur 24 tahun, saya sering beronani sebelum ini sehinggakan dalam satu hari pernah saya buat perkara keji ini sampai 3 kali oleh sebab terasa ghairah melihat perempuan yang seksi. 
3)      "Saya tidak dapat menahan lalu saya melihat gambar porno untuk memuaskan nafsu saya dengan cara beronani. Dan ini pernah berlaku pada siang hari di bulan ramadhan.apa yang saya perlu buat dan apakah hukumnya serta hukumannya."
4)      "Saya juga ada masalah pasal onani ni oleh kerana terlalu menyesal dah perbuatan saya, saya telah bernazar untuk berpuasa 1 hari bagi setiap kali saya beronani."
5)      "Salam..ustaz adakah beronani perlu mandi wajib? apa bezanya air mazi dan mani?adakah kedua2 tu ada pada perempuan? harap ustaz dapat jelaskan.terima kasih"
6)      "Salam, saya sudah berkahwin tetapi tinggal berjauhan dengan isteri..kadang kala apabila teringatkan isteri saya, saya merasa ghairah dan kadang kala sehingga melakukan onani..apakah hukumnya?"

Sebeban Alasan
Dalam masa yang sama, adakalanya terlalu banyak pula alasan dan sebab yang diberikan oleh si penanya dengan harapan saya atau mana-mana individu yang ditanya akan mengatakan harus baginya.
"Seolah-olah ingin menjadikan kita sebagai jambatannya 'ke neraka', then kat akhirat dok tuding jari kepada kita" kata seorang rakan saya yang juga seorang penceramah aktif di Lembah Klang.
Selain hukum khas bagi perbuatan tidak sihat ini. Lebih dari itu, kebanjiran soalan-soalan sebegini menyebabkan saya menjadi semakin bimbang dengan keadaan umat Islam di Malaysia terutamanya.
Virus Bermula
Ia secara langsung menunjukkan umat Islam samada lelaki dan wanita sedang menghidap sindrom lemah kawalan nafsu syahwat seksual terhadap perkara nafsu syahwat yang haram.
Melayani syahwat dengan cara haram adalah salah satu punca kehancuran kemanisan solat, tanpa kemanisan solat, runtuhlah 'tiang agama' dalam diri seseorang, tatkala itu nafsu kebinatangan dan syaitan akan mula menguasai sehingga lahirlah manusia binatang seperti pembunuh Nurin Jazlin dan lain-lain.
Terdapat hadis yang mengingatkan melayani syahwat mata kepada yang haram sahaja akan menghancurkan kelazatan dan kemanisan iman.

ما من مسلم ينظر إلى محاسن امرأة ثم يغض بصره إلا أخلف الله له عبادة يجد حلاوتها

Ertinya : Tiada seorang Muslim pun yang melihat kepada kecantikan wanita (aurat) kemudian ia mengalih pandangan matanya kecuali Allah s.w.t  akan memberikan kepadanya kemanisan dalam ibadahnya (Riwayat Ahmad & At-Tabrani , Ibn kathir, 3/283, Ibn Kathir & Al-Munziri : Dhoif dan Ibn Kathir berkata , boleh diguna dalam hal galakkan)
Juga disebut dalam sebuah athar :

النظر سهم مسموم من سهام إبليس

Ertinya : "Pandangan mata adalah panah beracun dari panahan Iblis" ( Mirqatul Mafatih, 1/255; Ruhul Ma'ani, 22/7)
Malah ia juga bakal merosakkan hati :-

كل عين باكيه يوم القيامه الا عينان عين غضت عن محارم الله

Ertinya : Setiap mata akan menangis di hari kiamat kecuali mata yang dilindungi (berpaling) dari perkara yang diharamkan Allah s.w.t" ( at-taysir bi Syarhi al-Jami' as-Soghir, 2/216 : Hadis Hasan)
Ketahuilah saudara-saudariku, melayani onani merupakan permulaan kehancuran hati seseorang. Merupakan salah satu permulaan kepada zina.
Ia sering diwarwarkan kononnya sebagai penyelamat dari zina, hakikatnya ia juga merupakan pintu mula kepada zina.
Ia adalah pintu mula seseorang berjinak dengan melayani nafsu syahwat seksual mereka tanpa menurut arahan Allah dan RasulNya. Nafsu yang tidak dikawal ini adalah sentiasa meminta lebih dan lagi, akhirnya akan menjerumus kepada menonton gambar pornografi, video, mengintai dan ditamatkan dengan zina yang tiada had kepuasannya. Memang itu sifat nafsu syahwat samada seksual ataupuan harta. Sekali ia dilayan, tiada lagi pintu puas.
Sebagaimana hadis yang telah saya bawakan dahulu iaitu :-

لو كان لابن آدَمَ وَادِيَانِ من مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا ولا يَمْلَأُ جَوْفَ بن آدَمَ إلا التُّرَابُ 

Ertinya : Sekrianya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan diperutnya tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 )
Demikian juga perihalnya dengan nafsu syahwat seksual. Ia merupakan satu penyakit dalaman yang serius. Saya cuba memperkemaskan huraian berkenaan onani walaupun jawapan Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi terhadap masalah Onani yang telah saya siarkan di web ini.
Kesimpulan pandangan terkuat oleh pelbagai kumpulan ulama mendapati bahawa hukum Onani adalah : -
1) satu perbuatan yang haram, tetapi ia bukanlah satu jenis dosa besar seperti zina, rasuah, riba, membunuh dan sebagainya.
Ia dianggap melepaskan nafsu bukan pada tempatnya, ia adalah ditegah oleh Allah s.w.t :-

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ


Ertinya :  "dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap istri-istri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela; Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. ( Al-Mukminun : 5-7)
Allah menyifatkan orang yang memuaskan nafsunya dengan cara selain dengan isteri atau suami yang sah sebagai :-
  • a) Malumin : Ertinya : "tercela"
  • b) Al-'adun : Ertinya : " orang-orang yang melampaui batas"
2) Hukum dosa ini sememangnya boleh berubah menjadi tidak berdosa sekiranya ia dilakukan dalam keadaan dharurat iaitu di ketika tanpa melakukan seseorang akan PASTI terjerumus dalam kancah zina.
Perlu diingat dharurat di sini hanya adalah di ketika 'pasti akan terjerumus' iaitu tatkala kemudaratan zina itu benar-benar BOLEH BERLAKU seperti ia telah tahu di mana boleh mendapatkan pelacur, bohsia atau teman wanitanya, punyai tempat yang strategik untuk maksiat dan lain-lain.
Maksud saya, jika sekadar ia rasa ingin berzina sahaja tetapi ia tidak punyai teman wanita, ia tidak pernah tahu di mana mahu melanggani pelacur, atau kesimpulan tiada mempunyai idea sebenarnya bagaimana ingin merealisasikan niat jahat berzinanya, disamping masih tidak yakin ia boleh terjerumus ke lembah sehina itu. Hukum keringanan (rukhsah) sementara akibat terdesak dan bagi mengelak zina yang disebutkan oleh sebahagian ulama itu TIDAK boleh dipakai sewenang-wenangnya.
3) Hukum dosa ini boleh menjadi bertambah besar apabila ia menjadi tabiat dan amalan kebiasaan disebabkan tindakannya sendiri seperti menjadi kegemarannya untuk melihat gambar dan video lucah. Akibat dari tindakannya itu, ia terdorong ingin berzina lalu beronani. Tatkala itu, tindakan onaninya bukan lagi terdesak tetapi dirinya sendiri yang sengaja mendorong kepada terdesak itu.
Ia berbeza dengan seseorang yang terangsang syahwat akibat ternampak dan sukar mengelakkan pandangan matanya dari permandangan kurang elok di tempat kerja atau dalam perjalanannya ke tempat kerja dan pulang.
4) Hukum dosa atau haram melakukan onani bagi lelaki dan wanita juga menjadi bertambah serius apabila dapat disahkan perbuatan onani tadi mempunyai kesan negatif kepada kesihatan
Bagi menguatkan fatwa hukum, kenyataan doktor sakit tuan, Dr.Ismail Thamby boleh dijadikan panduan fakta iaitu :-
1) kesan buruk kepada kehidupan seksual apabila berumahtangga
Beliau menyebut :-
Jika anda lakukan onani secara luar biasa seperti melakukan rangsangan seksual secara kasar dan kuat untuk mengecapi klimaks, mungkin apabila beristeri, anda akan mendapati bersetubuh dengannya tidak memberi kepuasan seperti anda kecapi secara onani.
Masalah ini dikenali sebagai ‘Traumatic Masturbatory Syndrome'. Yang menimbulkan masalah ialah onani mengakibatkan klimaks anda berlaku dengan cepat, yang jika berterusan dan diamalkan akan mengakibatkan anda tidak dapat bertahan lama apabila mengadakan hubungan seksual sebenar.
2) Tahap kesihatan kemaluan boleh terjejas hingga Mati Pucuk
Beliau menyebut :-
Selain itu, jika agak ganas dengan cara merangsang anggota sulit anda sehingga mengakibatkan anggota itu sakit dan bengkak, kemungkinan satu hari anda akan mengalami mati pucuk apabila kerosakan lama menunjukkan kesannya.
Ini kerana anggota sulit adalah organ vaskular dan tidak boleh diurut atau dirangsang dengan keras. Ia hanya sesuai untuk dirangsang melalui salur faraj perempuan.
3) Boleh Mandul kerana kerosakan buah zakar lelaki
Beliau berkata :
Namun, saya ingin mengingatkan yang kerosakan buah zakar boleh berlaku pada bila-bila masa ketika melakukan onani, dan jika ia berlaku dan menjejaskan kilang sperma, sudah tentu anda akan mandul kerana sperma tidak lagi dihasilkan ‘kilang'.
Sebagai contoh, anda melakukan onani dalam keadaan tidak terkawal seperti pengaruh alkohol, menyebabkan tidak tahu atau sedar ketika itu anda teragut buah zakar atau mencederakan buah zakar.
Anda hanya menyedari selepas beberapa lama yang buah zakar anda menjadi semakin kecil atau bengkak, dan jika kilang sperma terjejas, anda akan menjadi mandul.
Sudah tentu perkara yang menyeronokkan sukar untuk dihentikan, kecuali berlaku sesuatu perkara yang memudaratkan seperti keradangan buah zakar, kecederaan zakar seperti kebengkakan zakar.
Bagaimanapun, ia sudah terlewat jika tiada cara perawatannya. Mungkin jika zakar terkulai, bengkok atau patah, ada cara rawatan seperti pemulihan dengan pembedahan atau penggunaan alat pemulih.
Namun, jika kilang sudah rosak dan buah zakar mengecil, tiada penawarnya. Jadi cuba kurangkan amalan onani, terutama secara kasar. Anda perlu ingat, anda hanya ada satu zakar, bukan sepasang. Jika zakar itu tidak berguna, hidup anda merana selama-lamanya!
Penutup
Sebagai akhirnya, antara fungsi Ramadhan adalah mendidik hati dan diri agar mampu mengawal nafsu berikut :-
  • 1) Nafsu marah apabila Nabi menegah kita dari melayani ajakan pergaduhan semasa berpuasa.
  • 2) Nafsu makan dan minum. Apabila kita di tegah makan dan minum di siang hari.
  • 3) Nafsu tidur. Apabila kita dianjurkan untuk bangun sahur.
  • 4) Nafsu Syahwat. Apabila kita diarahkan untuk elakkan ‘bersama' isteri di siang hari Ramadhan.
Amat diharapkan Ramadhan yang baru berlalu dapat menghasilkan kemampuan kekangan segala nafsu melampau dalam hal yang disebut di atas.
Teringat saya kepada khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Prof. Dr Sano Qutoub Mustafa ( Prof Syariah di UIAM ) pada 19 Oktober yang lalu. Beliau mengatakan
"jika keadaan iman dan amalan anda selepas Ramadhan adalah sama atau lebih teruk dari sebelumnya, ia adalah tanda anda tidak mendapat keampunan Allah pada bulan Ramadhan yang lalu" 
Sekian

Hukum Tengok Filem Lucah Untuk Elak Zina

video, filem, blue, hukum berzina, zina mata, tengok filem lucah untuk elak zina, menonton video lucah untuk elak zina, hukum agama, haram, halal, larangan agama, jangan hampiri zina, tengok video lucah, tapi niat baik, amerika, seksi, iman, nafsu

Saya adalah seorang pelajar yang belajar di Amerika Syarikat. Di sini terlalu banyak godaan yang menggugat hawa nafsu. Jika kami pelajar disini diberi kebenaran untuk berkahwin, sudah lama saya kahwin. Namun, seperti ditetapkan oleh penaja, kami dilarang membuat hal sedemikian.

Saya secara jujur adalah seorang yang mempunyai iman yang lemah dan berpenyakit. Apabila saya buat sesuatu yang salah, selalu saja akan memohon maaf, namun tidak dapat mengelak dari perbuatan itu lagi.

Persoalan saya, memandangkan saya sedang dalam umur remaja, apakah salah sekiranya saya melihat laman web lucah kerana dengan cara inilah saya boleh mengelakkan diri saya dari melakukan seks/zina dengan orang lain? cabaran dan dugaan menetap di AS ini sangatlah besar, namun saya khuatir saya tidak dapat menanganinya. Saya tahu hukum menonton perkara sebegitu adalah haram, namun itulah jalan penyelesaian yang saya boleh ambil setakat ini.

Saya sebelum ini sudah berusaha untuk mencegah perkara ini dengan melakukan puasa, solat sunat, membaca al quran, namun semuanya tidak kekal lama. Saya terdorong untuk membuat perkara sedemikian. Jika di Malaysia, sekurang-kurangnya saya masih boleh elak perkara ini, namun tidak di sini.

Harap dapat maklum balas, sekian terima kasih, wassalam..

Jawapan :

Apa yang saudara lakukan adalah ibarat , lari dari mulut naga , tetapi masuk pula ke mulut singa. Kedua-dua perbuatan tersebut adalah sia-sia dan merugikan sahaja.

Sebenarnya , perbuatan menonton filem lucah tersebut lebih mendedahkan saudara kepada perbuatan zina yang diharamkan Allah swt. Maka apabila kita terjebak kepada perbuatan zina , sudah semestinya kita hendaklah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh menghampirkan diri kepada zina. Apatah lagi dengan menonton filem lucah.

Maka hukum melihat filem lucah adalah haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.

Nabi SAW bersabda :

لا تباشر المرأة المرأة فتنعتها لزوجها كأنه ينظر إليها


Ertinya : janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain, lalu menceritakannya kepada suaminya sehingga seperti (suaminya) melihatnya ( Riwayat Al-Bukhari )

Dalam menghadapi segala ujian dan dugaan yang mendatang memerlukan kepada kesungguhan yang betul-betul teguh dan mantap. Lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan nafsu syahwat yang sememangnya sukar dibendung.Berpegang teguhlah kepada ajaran Islam. Lakukanlah perkara2 yang boleh mendekatkan diri kepada Allah.bacalah al-Quran dan berdoalah sebanyak mungkin serta berkawanlah dengan orang-orang yang berilmu yang boleh mebawa dan membimbing kamu kejalan yang diredhai Allah S.W.T.

Tanda-tanda Terkena Sihir, Saka dan Gangguan Jin

ini adalah antara ceramah yang dibagi oleh ustaz dalam satu forum perdana yang bertajuk SAKA DAN JIN.

"Bismillahirrahmannirrahim... Bismillahi Masya Allah..."

Tiup dalam genggaman tangan kanan tadi, then tepuk kat antara tulang belikat orang yang disyaki kena gangguan (jangan tiru aksi ini di rumah tanpa ilmu, kang sape nak tolong 'pegang' yang terkeluar].

Subhanallah. Ayat yang pendek dan ringkas tu, kalau kena dengan caranya dan dengan izin Allah, masa tu jugak Allah tunjukkan tanda-tandanya. Macam malam tadi, ada dua orang yang terus tunjuk tanda-tanda ada gangguan lepas kawan diorang tepuk belakang dengan ayat tu. Alhamdulillah, ustaz memang prepare krew dia awal-awal in case kalau jadi camni.

Then, ustaz share tanda-tanda orang tu kena gangguan, yang mana tanda-tanda tu dapat dilihat dalam tidur atau dalam jaga. Antaranya:

Dalam tidur:-

  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi dan terkejut.
  • Mimpi berada di kawasan kotor atau kawasan perkuburan.
  • Mimpi ular. Kalau kena belit atau patuk, konfirm terkena sihir.
  • Mimpi benda-benda tajam.
  • Mimpi budak kecil, diriba atau menyusu.
  • Mimpi salib.
  • Mimpi tengok lembaga dan ketakutan.
  • Susah tidur malam.
  • Mimpi berada di kawasan sunyi, pengantara angkasaraya atau di tengah lautan.
  • Mimpi orang yang dah mati terutama kaum kerabat, bagi benda kat kita dalam mimpi tu (mewariskan).
  • Mimpi binatang.
  • Mimpi dikejar binatang, kalau tak sempat dikejar, selamat. Kalau dikejar binatang, then orang tu kejar balik, orang tu ada kekuatan.


Dalam jaga:-

  • Berdebar tanpa sebab.
  • Bangun tidur ada kesan lebam atau cakar pada tubuh.
  • Ada penyakit, tetapi bila pergi hospital, doktor periksa dan kata tak ada penyakit.
  • Sakit belakang, rasa berat belakang.
  • Lenguh sendi-sendi utama.
  • Mengantuk dalam majlis ilmu.

Ustaz pesan, kalau ada tanda-tanda kat atas ni, cepat-cepat lah tangani. Dan untuk mimpi-mimpi tu, hendaklah berlaku dalam 3 tahun kebelakangan ni, kalau berlaku masa tadika, mimpi tu tak sah. =.="

Ustaz Rifki pulak berkongsi tentang orang yang hantar sihir melalui Facebook. Haa...ada jugak ke??? Maksud ustaz kat sini, ada kes sebelum ni, isteri orang tu terkena buatan orang, tetiba tersuka dengan duda yang dia kenal kat Facebook padahal dia da bersuami da pun dan ada tiga orang anak. Sampai dah nak tinggalkan keluarga dia untuk ikut duda tu, lalu suami dia ajak dia berubat. Kalau betul isteri dia rebah masa berubat, sah lah kena buatan orang. Dan masa berubat tu, isteri dia rebah. Ustaz buangkan, then isteri dia sedar lalu peluk suami dia. Dalam dia kena buatan duda tu, dia sampai tahap failkan mintak cerai dah pun. Tapi dia tak ingat langsung dia pernah buat! Hurmm...

Bila ditanya-tanya, sebab kat Facebook dia ada letak gambar diri dia, Ustaz Rifki bagi soklan kat Ustaz Sharhan, boleh ke sihir dihantar sebab letak gambar kat Facebook?

Ustaz Sharhan cakap, ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh. Dengan gambar kat Facebook, orang yang nak hantar sihir tu boleh bagi gambar tu kat bomoh. Then jin belaan bomoh tu boleh bayangkan wajah orang yang nak disihir. Naudzubillah. Maka sebab itulah, ustaz pesan, berpada-padalah nak berFacebook, hati-hati bila letak gambar diri sendiri (housemate saya kongsi, kalau nak letak, jangan letak gambar penuh dari atas sampai bawah, then kalau nak letak jugak, kaki kiri biar depan dari kaki kanan. Hurmm?)

Ada jugak yang tanya macam mana saka boleh diwariskan? Ustaz kata, saka ni boleh diwariskan dalam 7 keturunan, berdasarkan MoU nenek moyang kita dengan iblis. Saka boleh diwariskan dengan mengambil barang-barang si mati, sebab tu kalau orang da meninggal dunia, barang-barang dia elok diasingkan (ustaz buat lawak pasal kedai bundle pulak lepas tu). Dan antara tanda orang tu ada saka, dia akan pilih antara ramai-ramai cucu yang ada, sorang je yang dia nak tinggal dengan dia. Haa...jaga-jaga lah ek kot-kot nenek nak pindahkan saka. Err...

Apepun, ilmu lain yang ustaz bagi, adalah ayat benteng untuk diri dan keluarga, elok untuk diamalkan setiap selepas solat. Ayat ke 57 surah Hud. Baca la untuk memohon perlindungan dari Allah. Untuk penyakit-penyakit hospital macam darah tinggi, kencing manis dan sebagainya, amalkan baca surah al-Anbiya', ayat 83, bacakan dalam air dan minum.

Alhamdulillah, banyak ilmu baru yang diperoleh malam tadi. Banyak sebenarnya hikmah Allah turunkan al-Quran ni, ayat-ayat Allah juga lah yang benar dan nyata. Insya'Allah.

Petua Elak Kucing Berak Sesuka Hatinya

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"
وَقَالُوا رَبَّنَا عَجِّل لَّنَا قِطَّنَا قَبْلَ يَوْمِ الْحِسَابِ
Dan mereka pula berkata (secara mengejek-ejek) 'Wahai Tuhan kami! Segerakanlah azab yang ditetapkan untuk kami, sebelum datangnya hari hitungan amal (yang dikatakan oleh Muhammad itu)'.
Surah Saad ayat 16

Petua Elak Kucing Berak Sesuka Hatinya

Pict kredit: mukabuku

Walaupun M ni tak bela Kucing, tapi ramai member2 M khususnya GSFians yg pelihara haiwan kesayangan Rasulullah SAW ni kan.. Untuk hangpa semua, khasnya Nur ngan Deqla nanti bleh la praktik tips supaya kucen2 hangpa tak berak merata-rata..

1. Jika anda terlihat tempat di mana kucing anda baharu sahaja berak, anda perlu membersihkannya segera. Kucing cenderung pergi ke tempat yang sama berulang-ulang kali. Oleh itu anda perlu bertindak segera. Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka. Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.2. Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing dan ajarkan mereka untuk menggunakannya dengan kerap. Kebanyakan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan agak cepat.3. Bau dari serai tidak disukai kucing. Anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi di pasaraya berdekatan dan semburkan di kawasan di mana kucing sering berak di dalam rumah. Anda jugaa boleh letakkan sahaja di tempat yang strategik seperti di dalam bilik atau di dapur.



Petua Elak Kucing Berak Sesuka Hatinya

1. Jika anda terlihat tempat di mana kucing anda baharu sahaja berak, anda perlu membersihkannya segera. Kucing cenderung pergi ke tempat yang sama berulang-ulang kali. Oleh itu anda perlu bertindak segera. Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka. Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.

2. Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing dan ajarkan mereka untuk menggunakannya dengan kerap. Kebanyakan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan agak cepat.

3. Bau dari serai  tidak disukai kucing. Anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi di pasaraya berdekatan dan semburkan di kawasan di mana kucing sering berak di dalam rumah. Anda jugaa boleh letakkan sahaja di tempat yang strategik seperti di dalam bilik atau di dapur.

 Amboi ganazzzz arrr..tak baik buli kawan tau!

jadual berbuka puasa dan imsak 2014

Bulan puasa untuk tahun 2014 bakal tiba tidak lama lagi. Apabila tiba bulan ramadhan, satu maklumat yang cukup penting untuk diketahui iaitu jadual waktu imsak dan berbuka puasa untuk tahun 2014 ini. Oleh itu, kali ini admin kongsikan link untuk jadual berbuka mengikut kawasan masing-masing.

Admin kongsi secara jeneral link yang diperolehi dari website Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk memudahkan semua. Link untuk jadual ada disebelah nama negeri/wilayah. Apabila buka link tersebut, pastikan anda memilih kawasan anda (Zon) yang betul.



  • SABAH Jadual Waktu Berbuka dan Imsak 2014
    • ZON 1 - Bahagian Sandakan (Timur): Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan dan Bukit Garam
    • ZON 2 - Bahagian Sandakan (Barat): Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah
    • ZON 3 - Bahagian Tawau (Timur): Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Lahad Datu dan Kunak
    • ZON 4 - Bahagian Tawau (Barat): Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan
    • ZON 5 - Bahagian Kudat: Pulau Banggi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong dan Bandar Kudat
    • ZON 6 - Gunung Kinabalu (Ketinggian 4,101M)
    • ZON 7 - Bahagian Pantai Barat: Ranau, Kota Belud, Tuaran, Tamparuli, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar
    • ZON 8 - Bahagian Pedalaman Atas: Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau
    • ZON 9 - Bahagian Pedalaman Bawah: Tenom, Longpasia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang 
    .
  • WILAYAH PERSEKUTUAN ► Jadual Waktu Berbuka dan Imsak 2014
    • Labuan
    .
  • SARAWAK ► Jadual Waktu Berbuka dan Imsak 2014
    • ZON 1 - Limbang, Sundar, Trusan dan Lawas
    • ZON 2 - Niah, Bekenu, Miri, Sibuti dan Marudi
    • ZON 3 - Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh dan Bintulu
    • ZON 4 - Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Kapit dan Song
    • ZON 5 - Tanjung Manis, Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor dan Rajang
    • ZON 6 - Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban dan Debak
    • ZON 7 - Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau dan Meludam
    • ZON 8 - Kuching, Lundu, Bau dan Sematan
    • ZON KHAS - Kg. Ulu Merapok, Kg. Sungai Merapok, Kg. Manchu, Kg. Bukit Puan, Kg. Tanah Sibagol, Kg. Undop, Kg. Sasa, Kg. Bukit Manang, Kg. Merambai, Kg. Limpaki, Merapok, Kg. Bangkatan, Kg. Ladang Lalang, Kg. Lempaki Tengah, Kg. Lempaki Asal, Kg. Languban dan Kg. Patarikan
    .
  • JOHOR  ► Jadual Waktu Berbuka dan Imsak 2014
    • ZON 1 - Pulau Aur dan Pulau Pemanggil
    • ZON 2 - Daerah Johor Bahru, Kulai Jaya, Kota Tinggi, Mersing dan Pulau-pulau Berhampiran
    • ZON 3 - Daerah Pontian dan Kluang
    • ZON 4 - Daerah Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas Johor
    .
  • PAHANG ► Jadual Waktu Berbuka dan Imsak 2014
    • ZON 1 - Pulau Tioman
    • ZON 2 - Kuantan, Pekan, Rompin dan Muadzam Shah
    • ZON 3 - Temerloh, Chenor, Maran, Jerantut dan Bera
    • ZON 4 - Raub, Bentong dan Lipis
    • ZON 5 - Genting Sempah, Janda Baik dan Bukit Tinggi
    • ZON 6 - Cameron Highland, Bukit Fraser, Genting Highland
    .
  • TERENGGANU ► Jadual Waktu Berbuka dan Imsak 2014
    • ZON 1 - Kuala Terengganu dan Marang
    • ZON 2 - Besut dan Setiu
    • ZON 3 - Hulu Terengganu
    • ZON 4 - Kemaman dan Dungun
    .
  • KELANTAN ► Jadual Waktu Berbuka dan Imsak 2014
    • ZON 1 - Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang (Daerah Chiku)
    • ZON 2 - Jajahan Jeli, Gua Musang (Termasuk Daerah Galas dan Bertam) dan Jajahan Kecil Lojing
    .
  • NEGERI SEMBILAN ► Jadual Waktu Berbuka dan Imsak 2014
    • ZON 1 - Jempol dan Tampin
    • ZON 2 - Seremban, Rembau, Port Dickson, Kuala Pilah dan Jelebu
    .
  • MELAKA ► Jadual Waktu Berbuka dan Imsak 2014
    • Seluruh Negeri Melaka
    .
  • WILAYAH PERSEKUTUAN  Jadual Waktu Berbuka dan Imsak 2014
    • Kuala Lumpur dan Putrajaya
    .
  • SELANGOR ► Jadual Waktu Berbuka dan Imsak 2014
    • ZON 1 - Daerah Gombak, Petaling / Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang
    • ZON 2 - Daerah Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam
    .
  • PERAK  ► Jadual Waktu Berbuka dan Imsak 2014
    • ZON 1 - Tapah, Slim River dan Tanjung Malim
    • ZON 2 - Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput dan Kuala Kangsar
    • ZON 3 - Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong
    • ZON 4 - Temengor dan Belum
    • ZON 5 - Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg. Gajah, Sri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan dan Pulau Pangkor
    • ZON 6 - Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar
    • ZON 7 - Bukit Larut
    .
  • PULAU PINANG ► Jadual Waktu Berbuka dan Imsak 2014
    • Seluruh Negeri Pulau Pinang
    .
  • KEDAH  Jadual Waktu Berbuka dan Imsak 2014
    • ZON 1 - Daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena
    • ZON 2 - Daerah Pendang, Kuala Muda dan Yan
    • ZON 3 - Daerah Padang Terap dan Sik
    • ZON 4 - Daerah Baling
    • ZON 5 - Daerah Kulim dan Bandar Baharu
    • ZON 6 - Daerah Langkawi
    • ZON 7 - Puncak Gunung Jerai
    .
  • PERLIS ► Jadual Waktu Berbuka dan Imsak 2014
    • Perlis

Jumaat, 27 Jun 2014

Sedekah Di Bulan Ramadhan

Diriwayatkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim, dari Ibnu Abbas raldhiallahu 'anhuma, ia berkata :
"Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril untuk membacakan kepadanya Al-Qur'an. Jibril menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu membacakan kepadanya Al-Qur'an. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ketika ditemui Jibril lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus.
Hadits ini diriwayatkan pula oleh Ahmad dengan tambahan:
"Dan beliau tidak pernah dimintai sesuatu kecuali memberikannya. "
Dan menurut riwayat Al-Baihaqi, dari Aisyah radhiallahu 'anha :
"Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallamjika masuk bulan Ramadhan membebaskan setiap tawanan dan memberi setiap orang yang meminta. "
Kedermawanan adalah sifat murah hati dan banyak memberi. Allah pun bersifat Maha Pemurah, Allah Ta'ala Maha Pemurah, kedermawanan-Nya berlipat ganda pada waktu-waktu tertentu seperti bulan Ramadhan.
Dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang paling dermawan, juga paling mulia, paling berani dan amat sempurna dalam segala sifat yang terpuji; kedermawanan beliau pada bulan Ramadhan berlipat ganda dibanding bulan-bulan lainnya, sebagaimana kemurahan Tuhannya berlipat ganda pada bulan ini.
Berbagai pelajaran yang dapat diambil dari berlipatgandanya kedermawanan Nabishallallahu 'alaihi wasallam di bulan Ramadhan :
  1. Bahwa kesempatan ini amat berharga dan melipatgandakan amal kebaikan.
  2. Membantu orang-orang yang berpuasa dan berdzikir untuk senantiasa taat, agar memperoleh pahala seperti pahala mereka; sebagaimana siapa yang membekali orang yang berperang maka ia memperoleh seperti pahala orang yang berperang, dan siapa yang menanggung dengan balk keluarga orang yang berperang maka ia memperoleh pula seperti pahala orang yang berperang. Dinyatakan dalam hadits Zaid bin Khalid dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda:
    "Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala ovang yang berpuasa itu tanpa menguuangi sedikitpun dari pahalanya. " (HR. Ahmad dan At-Tirmidzl). 
  3. Bulan Ramadhan adalah saat Allah berderma kepada para hamba-Nya dengan rahmat, ampunan dan pembebasan dari api Neraka, terutama pada Lailatul Qadar Allah Ta 'ala melimpahkan kasih-Nya kepada para hamba-Nya yang bersifat kasih, maka barangsiapa berderma kepada para hamba Allah niscaya Allah Maha Pemurah kepadanya dengan anugerah dan kebaikan. Balasan itu adalah sejenis dengan amal perbuatan.
     
  4. Puasa dan sedekah bila dikerjakan bersama-sama termasuk sebab masuk Surga. Dinyatakan dalam hadits Ali radhiallahu 'anhu, bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
    "Sungguh di Surga terdapat ruangan-ruangan yang bagian luamya dapat dilihat dari dalam dan bagian dalamnya dapat dilihat dari luar. " Maka berdirilah kepada beliau seorang Arab Badui seraya berkata: Untuk siapakah ruangan-ruangan itu wahai Rasulullah,?jawab beliau: "Untuk siapa saja yang berkata baik, memberi makan, selalu berpuasa dan shalat malam ketika orang-orang dalam keadaan tidur. " (HR. At-Tirmidzi dan Abu Isa berkata, hadits ini gharib)Semua kriteria ini terdapat dalam bulan Ramadhan. Terkumpul bagi orang mukmin dalam bulan ini; puasa, shalat malam, sedekah dan perkataan baik. Karena pada waktu ini orang yang berpuasa dilarang dari perkataan kotor dan perbuatan keji. Sedangkan shalat, puasa dan sedekah dapat menghantarkan pelakunya kepada Allah Ta 'ala.
     
  5. Puasa dan sedekah bila dikerjakan bersama-sama lebih dapat menghapuskan dosa-dosa dan menjauhkan dari api Neraka Jahannam, terutama jika ditambah lagi shalat malam. Dinyatakan dalam sebuah hadits bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
    "Puasa itu merupakan perisai bagi seseorang dari api Neraka, sebagaimana perisai dalam peperangan "  ( Hadits riwayat Ahmad, An-Nasa'i dan Ibnu Majah dari Ustman bin Abil-'Ash; juga diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dalam Shahihnya serta dinyatakan shahih oleh Hakim dan disetujui Adz-Dzahabi.)  Hadits riwayat Ahmad dengan isnad hasan dan Al-Baihaqi.
    Diriwayatkan pula oleh Ahmad dari Abu Hurairah bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
    "Puasa itu perisai dan benteng kokoh yang melindungi seseorang) dari api Neraka"
    Dan dalam hadits Mu'adz radhiallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
    "Sedekah dan shalat seseorang di tengah malam dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api" (Hadist riwayat At-Tirmidzi dan katrrnya. "Hadits hasan shnhih. "
     
  6. Dalam puasa, tentu terdapat kekeliruan serta kekurangan. Dan puasa dapat menghapuskan dosa-dosa dengan syarat menjaga diri dari apa yang mesti dijaga. Padahal kebanyakan puasa yang dilakukan kebanyakan orang tidak terpenuhi dalam puasanya itu penjagaan yang semestinya. Dan dengan sedekah kekurangan dan kekeliruan yang terjadi dapat terlengkapi. Karena itu pada akhir Ramadhan, diwajibkan membayar zakat fitrah untuk mensucikan orang yang berpuasa dari perkataan kotor dan perbuatan keji.
     
  7. Orang yang berpuasa meninggalkan makan dan minumnya. Jika ia dapat membantu orang lain yang berpuasa agar kuat dengan makan dan minum maka kedudukannya sama dengan orang yang meninggalkan syahwatnya karena Allah, memberikan dan membantukannya kepada orang lain. Untuk itu disyari'atkan baginya memberi hidangan berbuka kepada orang-orang yang berpuasa bersamanya, karena makanan ketika itu sangat disukainya, maka hendaknya ia membantu orang lain dengan makanan tersebut, agar ia termasuk orang yang memberi makanan yang disukai dan karenanya menjadi orang yang bersyukur kepada Allah atas nikmat makanan dan minuman yang dianugerahkan kepadanya, di mana sebelumnya ia tidak mendapatkan anugerah tersebut. Sungguh nikmat ini hanyalah dapat diketahui nilainya ketika tidak didapatkan.  (Lihat kitab Larhaa'iful Ma'arif, oleh Ibnu Rajab, hlm. 172-178.)
Semoga Allah melimpahkan taufik-Nya (kepada kita semua). Shalawat dan salam semoga senantiasa dilimpahkan Allah kepada Nabi kita Muhammad, segenap keluarga dan sahabatnya.