Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Hidup manusia di dunia ini perlulah kepada amal soleh, amal ibadah dan amal kebajikan, kerana kesemua amalan ini akan di beri ganjaran pahala oleh Allah SWT. Banyak sedikitnya pahala yang akan diterima oleh manusia adalah bergantung sejauhmana keikhlasannya melakukan sesuatu amalan semata-mata mencari keredaan Allah SWT.
Dengan sifat Pemurah dan Penyayang Allah SWT sesuatu amalan itu boleh digandakan sehingga 700 kali ganda.
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 261 :
Maksudnya : “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti biji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap satu tangkai itu pula mempunyai seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas rahmat kurnia-Nya, lagi Meliputi Ilmu Pengetahuan-Nya. ”
(Surah al-Baqarah ayat 261)
Membelanjakan harta ke jalan Allah disimpulkan sebagai sebarang perbelanjaan yang disumbangkan mengikut jalan yang disuruh oleh Allah SWT samada memberi bantuan kepada orang-orang yang memerlukan, beri nafkah kepada anak dan isteri, menunaikan haji, mengeluarkan zakat dan sebagainya. Ini semua mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda sehingga mencapai 700 kali ganda.
Daripada ayat ini juga, dijelaskan bahawa amal soleh yang dilakukan manusia beriman akan dilipatgandakan pahalanya sebagaimana Allah SWT menggandakan bijian yang kita tanam di permukaan bumi yang subur tanahnya. Jika tanah itu tak subur, benih itu akan mati atau hasilnya tidak seperti yang diharapkan, begitulah juga dengan amal soleh kita.
Tanah itu diibaratkan seperti keimanan dan kepercayaan kepada Islam. Semakin kuat imannya, semakin banyak ganjaran amal kebajikan yang diperoleh sama seperti semakin subur tanah, semakin elok keluarnya hasil tumbuh-tumbuhan yang ditanam atas tanah itu.

Hadis daripada Ibnu Mas’ud r.a menyatakan bahawa seorang lelaki telah bersedekah seekor unta yang diheret dengan tali pada jalan Allah lalu Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud; “Akan datang kepadamu di hari akhirat seorang yang dengannya tujuh ratus ekor unta yang siap diikat dengan tali.” (Allah SWT telah menggandakan sedekahnya itu sebanyak 700 kali ganda)
Firman Allah SWT :
Firman Allah SWT :
Maksudnya : “Dan Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat pun, hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) . Dan igtlah Allah sentisa melihata akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah ayat 265)
Orang-orang yang disebutkan dalam ayat ini adalah orang yang membenarkan bahawa Allah SWT akan memberi pahala dan balasan kepada mereka, mereka beriman teguh dengan janji-janji Allah.
Dalam ayat ini disebutkan 'hujan lebat'. Ini kerana selalunya hujan lebat akan membawa bersamanya musibah..kebun di tanah yang tinggi akan selamat, tidak ditenggelami air. Tanahnya pula pula tidak dihanyutkan air. Air hujan yang turun bukan memudaratkan, malah lebih menyuburkan lagi tanah serta tanamannya. Bukan setakat hujan lebat, hujan yang renyai-renyai sahaja sudah cukup untuk memberi manfaat kepada kebun di tanah yang tinggi.
Begitulah bandingan orang yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah untuk mencari keredaanNya, dalam keadaan yang macam mana sekalipun, Allah tetap akan memberi ganjaran dan berkat kepadanya.
Sahabat yang dimuliakan,Takwa daripada setiap mukmin, menyebabkan Allah SWT menerima segala kebajikan dan amalan baik yang diperbuat, bukan dinilai pada jumlah yang didermakan. Tetapi tidak dinafikan banyak menderma lebih banyak pahala yang akan didapati insyaallah.
Seorang yang menderma beribu-ribu ringgit tanpa rasa ikhlas malah untuk menunjuk-nunjuk tidak mendapat apa-apa ganjaran berbanding seorang miskin yang menderma hanya beberapa ringgit yang dia ada.
Namun, ini tidak wajar untuk jadikan hujah bagi menahan diri kita daripada mengeluarkan perbelanjaan yang besar ke jalan yang diredai Allah SWT. Ikhlas itu perlu dididik dan ditanam ke dalam diri, bukannya untuk kita membuat keputusan menghadkan sumbangan tersebut. Jika amalan yang dilakukan disertai dengan ikhlas akan membuahkan lebih banyak ganjaran 700 biji benih seperti yang disebutkan pada surah al-Baqarah ayat 261 di atas.
Berkata Ibnu Abi Hatim, Sayyidina Umar r.a bertemu dengan Rasulullah SAW dan menyerahkan separuh daripada hartanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya; “Adakah kamu tidak meninggalkan sedikitpun harta kepada kaum keluargamu, wahai Umar?”
Jawab Umar; ” Saya tinggalkan untuk mereka sebahagian (separuh) daripada harta saya.”
Datang pula Sayyidina Abu Bakar r.a menyerahkan semua hartanya kepada Rasullullah SAW.
Rasulullah bertanya soalan yang sama pada Syyidina Abu Bakar r.a lalu dijawabnya; “Yang tinggal hanya janji Allah dan Rasul-Nya.”

Maksudnya : “Syaitan menjanjikan kamu dengan kefakiran dan menyuruh kamu kepada kejahatan, Allah menjanjikan kamu dengan keampunan serta kelebihan daripada-Nya dan Allah itu Maha Luas Kurniaa-Nya lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah ayat 268)
Syaitan memang sentiasa memainkan peranannya dengan membisikkan kefakiran dan kemiskinan ke dalam hati manusia supaya kita merasa bakhil dengan harta benda kerana takutkan papa. Dan hanya hati yang lemah sahaja akan kalah dengan bisikan syaitan tersebut.
Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a; “Sesungguhnya bagi syaitan ada bisikan kepada anak Adam (melalui hati) dan sebagimana malaikat juga ada bisikannya yang baik dalam hati anak Adam. Adapun bisikan syaitan itu adalah memjanjikan dengan kejahatan dan supaya membohongi perkara yang sebenarnya dan menjanjikan perkara yang jahat…”

Maksudnya : “Apa-apa yang kamu belanjakan daripada perkara yang baik, memberi sumbangan harta benda dengan tujuan dan nilai yang baik dimana kebaikan itu akan kembali kepada diri kamu. Dan apa-apa yang kamu belanjakan kerana mencari keredaan Allah” (Surah al-Baqarah ayat 272)
Menurut Atho’ Al-Kharasan, pahala membelanjakan harta kerana mencari keredaan Allah SWT tetap diperolehi walaupun harta tersebut digunakan oleh orang lain untuk melakukan kejahatan atau kemungkaran dan janganlah berdukacita dengan sebab itu.
Dalam suatu hadis yang diriwayatkan daripada Bukhari dan Muslim, Nabi SAW bersabda bermaksud; “Ada seorang lelaki di zaman dahulu telah berkata,”Malam ini aku akan memberi sedekah” lalu dia keluar dengan membawa sedekahnya dan dia memberi sedekahnya kepada seseorang, tiba-tiba sedekahnya diletakkan di tangan pelacur maka apabila dia berpagi-pagian orang ramai bercakap bahawa dia telah memberi sedekah kepada pelacur.
Dia menangisi nasibnya yang telah memberi sedekah kepada pelacur, lalu dia berazam untuk keluar memberi sedekah lagi pada malam ini. Malangnya sedekahnya diletakkan di tangan orang kaya. Ia berulang buat ketiga kalinya apabila sedekahnya diletakkan ke tangan pencuri pula. Dia sangat berdukacita dengan nasib yang menimpanya.
Tetapi kemudiannya Allah mendatangkan ilham-Nya dengan menyatakan bahawa sedekahnya telah diterima oleh Allah SWT. “Adapun perempuan pelacur itu mudah-mudahan dengan berkat sedekah yang kamu berikan itu akan berhenti daripada melacurkan dirinya, dan mudah mudahan orang kaya akan insaf dengan sedekahmu itu lalu membelanjakan harta bendanya, Dan pencuri itu mudah mudahan akan membersihkan dirinya daripada sifat mencuri.”
Maksudnya, hadis ini menerangkan kepada kita bahawa kita tidak perlu berasa dukacita sekiranya sedekah kita disalah gunakan oleh penerima sedekah kerana Allah memberi pahala atas amalan sedekah kita itu. Dan kesalahan penerima sedekah itu adalah urusannya dengan Allah SWT. Maka kita tidaklah perlu risau tentang ke manakah sumbangan kita dibelanjakan oleh orang yang menerima sumbangan.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita teruskan memberi sedekah dan infak harta benda kita di jalan Allah SWT. Sebenarnya harta yang diinfakkan dijalan Allah SWT dan dibelanjakan mengikut kehendak syarak adalah harta kita yang sebenar . Harta ini akan menjadi pahala yang akan membantu kita ketika berada di hari akhirat, sedangkan harta yang ada di dalam simpanan kita belum tentu lagi menjadi hak miliki kita kerana apabila kita meninggal dunia semuanya akan di tinggalkan dan akan menjadi hak milik orang lain.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan